Cicakman 2 - Planet Hitam ialah sambungan filem Cicak-Man. Filem ini mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia, Brunei, dan Singapura oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[5] Di Indonesia pula, filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Januari 2009.
Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini mengembalikan watak terdahulu juga watak baru diperkenalkan.
Plot
Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.
Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.
Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta.
Watak dan Pelakon
Watak Rrama pada awalnya ditawarkan kepada Erra Fazira, bekas isteri pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim. Namun begitu, beliau terpaksa menolak kerana kesibukan. Watak Rrama kemudiannya diberikan kepada pelakon Indonesia, Tamara Bleszynski untuk menarik perhatian penonton dari negara itu.
Watak utama
Saiful Apek sebagai Cicak-Man
Fasha Sandha sebagai Tania
Aznil Nawawi sebagai Profesor Klon
Tamara Bleszynski sebagai Rrama
Watak pembantu
Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Ghost 1
AC Mizal sebagai Ginger Ghost 2
Sharifah Amani sebagai Iman
Louisa Chong sebagai Miss Cheef
Linda Onn sebagai Amarr
Yusry Abdul Halim sebagai Danny
Undangan
Mamat Khalid
Fahrin Ahmad
Aziz M. Osman
Julia Ziegler
Edry Abdul Halim
Munir (Phyne Ballerz)
Ridzuan Hashim
Jalaluddin Hassan
Azwan Ali
Dee
Julie Dahlan
Fahrin Ahmad
Hafidzuddin Fazil
Nadia Mustafar
Mak Jah
Zack Taipan
Penerbitan
Penggambaran telah dilakukan pada tahun 2007 di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas, dan Kuala Lumpur.[9] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam sekuel ini lebih berkualiti berbanding filem sebelumnya iaitu berharga RM 50 ribu setiap set manakala dalam Cicakman, kostum yang digunakan hanya berharga RM 20 ribu setiap set.[4] Filem ini menjalankan pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand.[1]
Pemasaran
Cicakman 2 - Planet Hitam mendapat tajaan syarikat telekomunikasi Celcom. Dengan itu, Celcom akan menawarkan kandungan mudah alih seperti nada dering monofonik, polifonik, logo operator, dan trailer bagi membantu promosi filem ini.[5]
Selain itu, filem ini juga turut ditaja oleh rangkaian restoran makanan segera, 1901. Rangkaian restoran itu telah menambah makanan baru dalam menu iaitu hot dog Cicakman yang turut memainkan peranan membantu promosi Cicakman 2 - Planet Hitam.[10]
Tayangan
Filem ini telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13[11] pada 5 Oktober 2008 sebagai tayangan perdana dunia bagi segmen adiwira di rantau Asia.[12] Dua lagi sesi penayangan diadakan pada 7 Oktober di festival berkenaan.[12] Di Malaysia, Singapura, dan Brunei, filem ini ditayangkan bermula 11 Disember 2008[5] dengan sasaran sejuta penonton oleh penerbit berbanding 670 ribu penonton untuk filem Cicak-Man.[12] Filem ini dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada bulan Januari 2009.
Runut bunyi
1.Tyco - Planet Hitam
2.Yusry Abdul Halim & Melly Goeslaw - Dibius Cinta
3.Edry Abdul Halim - Sumpah Takkan Cari Yang Lain
4.Pianka - Mau Yang Besar
5.Boy - Syg Giler
6.Syuga - Seperti Kemarin
7.Flava - Berhenti Mencinta
8.Dafi - Lemah
9.Adam - Jika Tak Kena Kamu
10.Anita Sarawak - Ular
Ahad, 10 Januari 2010
Cicakman 2 - Planet Hitam
Cicak-Man
Cicak-Man ialah filem terbitan KRU Films yang merupakan percubaan daripada pengarah yang berbakat Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandaraya ciptaan Metrofulus. Genre filem ini ialah komedi-aksi dan cereka sains. Pengarah filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia.
Sinopsis
Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.
Profesor Klon pernah membuat ujikaji ke atas Gingerboys (AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie). Walaubagaimanapun, ujikajinya itu gagal. Akibatnya Gingerboys menjadi cacat dan mahu menuntut balasan daripada Profesor Klon. Untuk menenangkan Gingerboys yang berhasrat membunuhnya itu, Profesor Klon telah mencadangkan mereka menyertai misi Profesor Klon menakluki Metrofulus. Gingerboys bersetuju tanpa mengesyaki Profesor Klon hanya mahu mengambil kesempatan atas kebolehan mereka.
Pada waktu yang sama, Hairi dan Danny mula mengesyaki kegiatan jahat Profesor Klon dan konconya. Setiap kali Bandar Metrofulus ditimpa penyakit, Profesor Klon hadir bersama penawar. Dalam cubaan jahat untuk merampas kuasa bandar berkenaan, Profesor Klon menculik lima orang menteri Metrofulus dan cuba menukarkan mereka dengan klon ciptaannya. Hairi dan Danny mendapat tahu muslihat itu, lalu berusaha untuk menghalang.
Hairi juga meminati setiausaha Profesor Klon, Tania (Fasha Sandha), tetapi dia malu untuk meluahkan rasa cintanya. Dalam satu kejadian, dia menyelamatkan Tania dari cengkaman Ginger Boys. Begitupun, Tania menyangka Danny yang sebenarnya berselindung di sebalik topeng sang cicak.
Ujikaji Danny membuktikan kebolehan Hairi menjadi cicak akhirnya mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Sel manusia Hairi akan berkurangan dan terus menjadi seekor cicak. Danny meneruskan pencarian antidot untuk Cicak-Man sementara Hairi/Cicak-Man menyelamatkan Metrofulus.
Profesor Klon menyangkakan bahawa Cicak-Man ialah Danny setelah Gingerboys menyelongkar rumah Tania dan membaca beberapa catatan Tania mengenai Cicak-Man yang disangkainya Danny. Setelah Profesor Klon menculik Danny, barulah Profesor Klon menyedari bahawa Hairi lah Cicak-Man sebenar.
Cicak-Man yang semakin tenat perlu menyelamatkan Danny dari Profesor Klon namun tidak berjaya. Profesor Klon menyuntik separuh antidot untuk Cicak-Man yang berjaya disiapkan oleh Danny sebelum ini pada Danny. Akibatnya, Danny menjadi lemah dan akhirnya mati. Walaubagaimanapun, Cicak-Man berjaya menyuntik antidot yang selebihnya dan menjadi kuat semula. Setelah menewaskan Gingerboys, Cicak-Man perlu berhadapan dengan klon beliau yang dicipta oleh Profesor Klon. Terbuktilah yang original lebih baik dari yang klon apabila Cicak-Man berjaya menewaskan klon ciptaan Profesor Klon.
Cicak-Man yang dikehendaki polis kerana disalah sangka mencabul Presiden Ramlan dan disalah sangka melakukan jenayah lain melarikan diri sebaik sahaja polis Metrofulus tiba. Profesor Klon dipenjarakan setelah didapati melakukan jenayah.
Tania yang menyangkakan Danny merupakan Cicak-Man terus bersedih dengan kematiannya. Hairi pula sudah berjanji tidak akan muncul sebagai Cicak-Man dan membiarkan Danny mati sebagai wira di mata Tania. Dalam pada itu, Profesor Klon yang ditangkap bukanlah Profesor Klon yang sebenar tapi hanya klon beliau sendiri.
Bandar Metrofulus
Seluruh Metrofulus dibina menggunakan CGI. Metrofulus diketuai oleh seorang presiden iaitu Presiden Ramlan. Pentadbiran Metrofulus turut dibantu oleh 5 orang menteri yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Metrofulus. Klon Technologies yang diterajui oleh Profesor Klon memonopoli khidmat sains dan perubatan di Metrofulus.
Pelakon dan watak
Saiful Apek sebagai Cicak-Man/Hairi
Fasha Sandha sebagai Tania
Yusry KRU sebagai Danny
Aznil Haji Nawawi sebagai Profesor Klon
Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger 1
AC Mizal sebagai Ginger 2
Yasmin Hani sebagai Nadia
Jalaluddin Hassan sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus
M. Rajoli sebagai Menteri 1
Aziz Satar sebagai Menteri 2
Shaharudin Tamby sebagai Menteri 3
Arash Mohd sebagai Menteri 4
Zulkifli Zain sebagai Menteri 5
Penampilan kameo
Helmi Harun sebagai Pegawai Polis
Abon sebagai Pengawal Keselamatan 1
Prono sebagai Pengawal Keselamatan 2
Azhar Sulaiman sebagai Penjual Tiket
Rostam sebagai DJ Radio
Di sebalik filem
Teknik penggambaran dan penghasilan filem
Penggambaran dilakukan menggunakan true-HD (definisi-tinggi) dan kegunaan CGI yang meluas, termasuklah hampir 40% daripada penggambaran dilakukan pada layar-hijau atau Green Screen. Penggambaran dijalankan, menggunakan kamera Definisi-Tinggi Sony F900 CineAlta, Cicak-Man adalah satu projek perintis bagi pengeluaran filem Malaysia dengan menggunakan motion control, lagak ngeri & pasukan-pasukan tali-temali lengkap dan pakaian yang direkabentuk. Dengan jumlah masa produksi melingkungi 36-hari, ia adalah unik sebagai melihat bagaimana Bandar Metrofulus telah dicipta dengan begitu terperinci.
15 hari penggambaran telah dperuntukkan untuk penggambaran dalam studio, di mana pereka-pereka set telah mencipta 5 set saiz sebenar untuk penggambaran dalam dan luar studio, semua penggambaran di lakukan dengan layar hijau. untuk lokasi luar, pelakon-pelakon berpakaian dengan satu tema,iaitu pakaian musim sejuk, selaras dengan mencipta iklim sejuk Bandar Metrofulus.
9 bulan penuh telah diperuntukkan untuk pasca produksi dan kesan visual dengan hampir 500 penggambaran vfx. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh Pengarah Yusry Abdul Halim, telah berjaya mewujudkan pemandangan Bandar Metrofulus dalam 3D juga tambahan elemen CGI seperti animasi karakter, set digital tambahan dan ketidak-kelihatan wayar. Lebih 90% kerja-kerja rotoscoping dan compositing dilakukan di dalam KRU Films, juga bagi skor muzik dan kesan audio. Proses pemindahan kine telah dilakukan di Bangkok, Thailand di mana Cicak-Man telah selesai dalam bentuk Dolby Digital.
Senarai runut bunyi
1.The Times - Cicakman
2.Spider - Telinga ke Tulang
3.Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki
4.Ezlynn - Menunggumu
5.Aznil Nawawi - Profesor Klon
6.Yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
7.Dr. Kronik - Bukan Ilusi
8.Syuga - Dialah Aku
Cipta sejarah
Filem ini merupakan filem pertama Malaysia berasaskan adiwira.
Kutipan tiket sebanyak RM350,000 untuk hari pertama tayangan.
Kutipan kasar RM3.5 juta dalam masa 10 hari tayangan.
Kutipan keseluruhan di Malaysia berjumlah RM 5.2 juta.
Penggunaan imej janaan komputer (CGI) paling banyak dalam industri filem Malaysia.
Penonton terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun selalunya filem-filem Melayu hanya ditonton oleh orang Melayu.[4]
Filem ini menyindir kualiti cakera padat cetak rompak dengan menggunakan klon sebagai simbol benda yang dicetak rompak.
Semasa membebaskan menteri yang telah diklon,Cicak-Man bertanyakan soalan yang lucu, berbunyi "Original ke Spicy?" melambangkan perisa ayam KFC yang terdapat di Malaysia.
Penghargaan
Filem Cicak-Man ini telah pun mendapat penghargaan dari pelbagai pihak atas usaha yang dilakukan oleh pengarahnya sebelum ia ditayangkan. Antara yang memuji beliau ialah Datuk Yusof Haslam. David Teo sebagai penerbit dan juga Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG) juga menganggap Cicak-Man sebagai satu keajaiban dengan sambutan dan kelainan yang ditonjolkan dalam industri perfileman Malaysia. Selain pembikin filem, bekas Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim juga memuji karya yang dihasilkan Yusry dan KRU.
Produk
Sebelum ini, Malaysia tidak pernah menghasilkan filem seperti Cicak-Man, tetapi apabila filem ini dihasilkan, pengedaran dan penjualan produk telah diambil perhatian selain dari tayangan di pawagam. Cicak-Man dijangka memperoleh RM10 juta daripada jualan tiket di pawagam, penjualan hak penyiaran ke beberapa negara, novel, cenderahati seperti kemeja-T[6], topi[7], gelas[8], pen, rantai kunci dan lencana butang[9]. KRU Films dalam perancangan menjual filem ini ke beberapa buah negara di Asia Barat seperti Mesir, Syiria dan Arab Saudi. Program Titian Budaya Malaysia-Republik Indonesia yang diadakan di Jakarta Convention Centre (JCC) selama tiga hari bermula 16 Disember 2006 pula telah membawa filem ini ke Indonesia. Ia telah membantu mempromosi nilai komersial pada filem ini apabila ditayangkan bermula 17 Disember 2006 bersama dengan 6 filem lain iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 2, Gubra, Bilut, Castello, Buli dan Puteri Gunung Ledang. Mereka juga bercadang untuk menerbitkan rancangan bersiri Cicak-Man pada tahun 2007.
Perbandingan
Dalam pujian yang diberikan ada juga anntara penonton dan orang ramai yang mengkritik hebat filem ini. Mansor Putih dalam temuramah dengan Harian Metro menyifatkan ada kelainan dalam filem Cicak-Man, walau bagaimanapun mengatakan filem ini tiada pengisian iaitu tiada ‘jiwa’, nilai seni dan budaya.[10] Ada juga orang ramai cuba membandingkan Cicak-Man dengan Spiderman, Batman, Superman, Ultraman dan lain-lain superhero yang datang dari Hollywood. Namun sebelum tayangan dibuka kepada awam di Malaysia, pengarahnya Yusry telah memberitahu supaya tidak membandingkan Cicak-Man dengan watak superhero yang lain kerana bajetnya yang rendah hanya RM1.7 juta sahaja berbanding produksi Hollywood.
Novel Cicak-Man
Novel Cicak-Man ditulis oleh Meor Shariman telah diterbitkan oleh KRU Publications. Ia telah dijangka diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan, walaubagaimanapun filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa perbezaan antara cerita dalam novel dengan filem Cicak-Man.
Sinopsis
Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master criminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang superhero, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda macho yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luarbiasa, bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta dengan Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal, bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luarbiasa.
Batman
Wira perkasa Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939. Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka oleh Bob Kane.
Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan ketua Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.
Kemahiran dan Kebolehan
Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa super yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat getir. Komik-komik Batman selama ini tidak mejelaskan dengan terangnya bagaimana Bruce memperoleh kemahirannya.
Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.
Pakaian
Rekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.
Kelengkapan
Batmobile ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.
Pembantu
Robin, tidak dapat dinafikan, merupakan pembantu Batman terpenting. Terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly.
Alfred Pennyworth merupakan ketua pembantu rumah agam Wayne yang setia dan bagaikan bapa kepada tuannya.
James "Jim" Gordon merupakan bekas pesuruhjaya polis Gotham dan bekerjasama dengan Batman secara rapat meskipun terdapat perbezaan dalam pendekatan mereka untuk membasmi jenayah.
Batman juga dibantu Superman dan ahli Justice League yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.
Musuh
Joker seorang penjahat berupa badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh tradisinya.
Penguin atau Oswald Chesterfield Cobblepot seorang pendek dan gempal yang menggunakan pendekatan memperalatkan burung untuk menjalankan kerja jahatnya.
Catwoman seorang penyamun berpakaian berbentuk kucing, yang digolongkan dalam tanda kelabu di antara yang baik dan yang jahat kerana adakalanya membantu Batman atau wira lain menumpaskan musuh lain.
Riddler (Edward Nigma) gemar mempermainkan seluruh kota Gotham dengan mengeluarkan pelbagai teka-teki.
Two-Face (Harvey Dent) terjejas sebelah mukanya akibat terkena bahan merbahaya.
Mr Freeze (Victor Fries) menghuru-harakan kota Gotham dengan membeku dan menyejukkan seluruh kota tersebut.
Poison Ivy (Dr. Pamela Lillian Isley) pula mengganggu ketenteraman Gotham dengan "menanam" tumbuh-tumbuhan gergasi yang buas dan mengancam.
Spiderman 1
Spider-Man (Peter Benjamin Parker) ialah wira rekaan Komik Marvel yang hebat yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko. Sejak kemunculannya dalam siri buku komik Amazing Fantasy #15 (Ogos 1962), dia telah menjadi salah satu wira hebat yang paling popular, lama bertahan, dan berjaya secara komersil di dunia.
Ketika Spider-Man diterbitkan buat pertama kali pada dekad 1960-an, watak-watak belasan tahun dalam buku-buku komik wira hebat biasanya merupakan watak sampingan. Siri Spider-Man menjadi perintis apabila ia memperkenalkan seorang wira yang pada dirinya merupakan seorang anak remaja yang "dihantui oleh perasaan disingkirkan, kekurangan, dan kesunyian" yang para pembaca muda boleh memahami. [1] Sejak permulaannya, Spider-Man telah muncul dalam berbagai-bagai media, termasuk banyak siri televisyen animasi dan aksi hidup, lerang komik akhbar bersindiket, dan satu siri filem yang berjaya.
Marvel telah menerbitkan banyak siri buku komik Spider-Man, dengan The Amazing Spider-Man merupakan siri yang pertama. Sejak dari permulaannya, watak Peter Parker telah berkembang dari seorang murid sekolah tinggi yang malu menjadi seorang pelajar kolej yang risau sehingga seorang guru yang berumah tangga serta ahli pasukan wira hebat Avengers.
Spider-Man telah berhadapan dengan pelbagai musuh yang tidak kurang hebatnya seperti Sandman(Flint Marco),Venom(Edward"Eddie" Brock),Doctor Octopus(Octa Octovius) dan ramai lagi.
Sabtu, 9 Januari 2010
RMS Titanic
RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
Pembinaan
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.
Pelayaran pertama
Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.[1]
Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Malapetaka
Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.
Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.
Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.
Diselamatkan
Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.
Kesan selepas kejadian
Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.
Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.
Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.
Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.
Sabtu, 2 Januari 2010
Siapa Akim???
Akim ialah nama timangan jer... Nama sebenar Luqman Hakim... Berumur 9 thn dan sekolah di SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG. Lahir pd 3 November 2001 dan anak yg ketiga. Blog ni sdg diproses. Ada apa pd nama AKIM?
A-Ambil Berat( Tp bkn angkat berat yer)
K-Kerjasama(Mcm Wonderpets pulak)
I-Iman
M-Malaysia(Iyerla... rakyat M'sia kan)